Sebagai Panduan Menggunakan Laman Laman Web Ini:

Selamat datang ke Laman Web Politeknik Merlimau, Melaka. Kemudahan Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) telah mem buka satu lembaran baru di mana sesebuah organisasi dapat menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada orang awam dengan mudah dan cepat.  Pembinaan laman web Politeknik Merlimau diusahakan bertujuan memperkenalkan politeknik ini yang kini berusia hampir enam tahun kepada masyarakat tempatan khususnya dan negara-negara luar amnya.

Kampus Politeknik Merlimau berkeluasan 100 ekar terletak di Jalan Jasin, 2 km dari Pekan Merlimau, 24 km dari Bandar Melaka dan 19 km ke Daerah Jasin. Mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan menumpang di Politeknik Kota, Melaka dan berpindah secara rasminya ke kampus baru pada 17 November 2002.

Politeknik Merlimau merupakan politeknik ke-14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia berhasrat  untuk merealisasikan wawasan negara bagi melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja separa profesional seperti yang termaktub dalam kenyataan misi Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Sejak politeknik ini ditubuhkan, usaha dan tumpuan telah diberi terhadap segala aspek pengurusan terutama sekali dalam aktiviti utama, iaitu proses pengajaran dan pembelajaran supaya berada pada tahap yang tertinggi sehingga dipersijilkan MS ISO 9001:2000 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 14 Januari 2004 dan seterusnya memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM QAS Interna tional pada 25 Mei 2007 dan Persijilan 5S pada 31 Mac 2009.

Laman web politeknik ini dibangunkan oleh Unit ICT dan di bantu oleh Jawatankuasa Penyelenggaraan Laman Web.Kami bahagikan Kepada beberapa kategori menu bahagian iaitu Utama, Umum,Staf,Pelajar dan E-Perkhidmatan.

Bagi Pengunjung yang ingin mengetahui info mengenai Program-program yang ditawarkan sila ke menu Jabatan dibawah submenu Umum. Di situ anda akan dapati segala maklumat mengenai jenis-jenis program yang disediakan oleh jabatan-jabatan akademik.Bagi pengunjung yang memerlukan info lain yang berkaitan seperti peraturan-peraturan pelajar,kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pelajar, maklumat peperiksaan dan sebagainya anda boleh dapati juga di sini. Maklumat lain seperti program-program latihan praktikal, Perpustakaan Politeknik Merlimau, Kaunseling juga boleh di dapati di sini. Kunjungilah untuk mendapatkan maklumat yang anda perlukan.Jika ada kemusykilan sila hubungi kami.
        
Menu Interaktif pula sebagai tambahan kepada pengguna untuk berinteraksi dengan kami.Anda boleh meninggalkan nota pesanan di Buku Tamu atau anda boleh menghantar aduan atau cadangan kepada kami melalui menu Aduan Dan Cadangan. Kami juga menyediakan kalendar supaya mudah bagi pengguna untuk merujuk aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan ini di Politeknik Merlimau. Layarilah laman web ini dengan bijak untuk faedah kita bersama. Kepada anda kami ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami. Sekian terima  kasih.