Unit Perhubungan & Latihan Industri
Mengenai Kami
- Pengenalan
Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 22 minggu (satu semester) bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik. Pelajar adalah layak menjalani latihan industri setelah mereka menduduki tiga kali peperiksaan akhir serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut buku Garis Panduan Pengurusan Latihan Industri Edisi 2009. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri politeknik masing-masing atau membuat permohonan sendiri. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di politeknik. UPLI juga bertanggungjawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara syarikat atau firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak PMM sentiasa baik dan berterusan.
- Objektif
a) Membina personaliti individu yang positif. b) Membina jatidiri dan kemahiran komunikasi. c) Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik. d) Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan. e) Menghasilkan Laporan Akhir Latihan Industri.
|
|
Hubungi
- Hubungan dan pertanyaan
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Merlimau, Melaka Kementerian Pendidikan Tinggi 77300 Merlimau, Melaka Tel = +6 06-2636687 Fax = +6 06-2636678 Email = This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pn. Noorasikin binti Abdul Rahman Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri Tel : +6016-6587269 Samb : 1050
Pn. Iliyah binti Ayub Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri Tel : +6012-6570143 Samb : 1052
Pn. Fatin Hanisah binti Abd Hamid Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri Tel : +6019-7352021 Samb : 1051
|
|