Unit Centre of Technology (COT)
Utama
CeTraH Bidang Pelancongan & Hospitaliti (Tourism & Hospitality) telah dikenalpasti sebagai niche area PMM. Bidang ini akan dibangunkan menjadi Centre of Technology (COT) di PMM. COT dirancang sebagai pusat pelbagai aktiviti dalam mencambah dan menghasilkan pengetahuan serta kemahiran baharu bagi niche area PMM. Untuk menjayakan kewujudkan COT yang bertaraf tinggi dan boleh menjadi contoh kecemerlangan bukan sahaja di kalangan politeknik tetapi juga oleh institusi pendidikan lain, usaha-usaha pembangunan holistik dan terancang perlu dilakukan. Selaras dengan Persidangan Pengarah-Pengarah Politeknik Bil. 1/2012 pada 12 – 15 Februari 2012, PMM termasuk dalam Fasa 3 untuk mencapai status COT iaitu pada tahun 2016 (berdasarkan Band Tahap sasaran COT) iaitu mencapai markah 80%. Ini merupakan satu inisiatif dan teras untuk memperkasakan politeknik kearah membina reputasi dan jenama baharu sebagai peneraju bidang tujahan dan teknologi tertentu. PMM akan mengalami pembangunan yang holistik dan akan menjadikan contoh kepada kecemerlangan politeknik di dalam bidang pelancongan dan hospitaliti selaras dengan pencapaian COT. Berikut adalah Garis Panduan Pelaksanaan Centre of Technology (Edisi 2020) yang digunapakai dalam merealisasikan COT di politeknik. Garis panduan ini telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, kementerian Pendidikan Malaysia. (Klik sini untuk ke flipbook COT ) COT di politeknik pula merupakan sebuah pusat di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang tujahan di politeknik digunakan atau di aplikasi melalui; COT juga berfungsi sebagai pusat rujukan dalam bidang tujahan yang memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti, masyarakat dan industri berkaitan. Secara umumnya COT politeknik adalah sebuah pusat yang mengembeleng pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh warga politeknik dalam bidang tujahan tertentu serta memperkembangkan pengetahuan, perkongsian kepakaran dan amalan terbaik melalui kerjasama strategik dengan sektor industri, awam dan akademia demi menghasilkan impak maksima kepada kecemerlangan organisasi dan graduan politeknik. |