UNIT CISEC

PENGENALAN
Dalam Rancangan Malaysia Ke – 9, satu penubuhan yang dipanggil CISC khusus untuk menjadi pusat perkhidmatan industri bagi politeknik dengan struktur bangunan politeknik baru telah diluluskan. Tugas CISC ketika itu adalah lebih memfokus kepada perkhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan dan kolaborasi.

Pada tahun 2010, CISEC telah ditubuhkan di Politeknik sebagai penambahbaikan kepada CISC dengan fungsi asal kepada empat teras utama iaitu Kajian Pengesanan Graduan dan Alumni, Khidmat Penasihatan Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan, Perancangan dan Persediaan ke Alam Pekerjaan, serta Perhubungan Industri dan Penempatan.

FUNGSI DAN PERANAN CISEC
Fungsi dan peranan CISEC adalah :
• Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik dengan Industri
• Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan
• Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan politeknik
• Meningkatkan kadar bekerja graduan politeknik
• Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan.

Klik sini untuk lihat carta organisasi  Unit CISEC. *Terkini!
Senarai AJK IAC 2020-2022 Klik sini.
Makluman arkib CISEC sila layari  di sini .
Laporan Pengesanan Graduan Politenik Merlimau 2022 *Terkini!
Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Merlimau 2021 Klik Sini