Unit Pengurusan Psikologi

Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Merlimau, Melaka merupakan unit sokongan akademik yang mana berfungsi dalam membantu pembangunan dan kemahiran insaniah bagi para pelajar dan juga kakitangan.
 
Buat masa ini, Pengurusan Psikologi terdiri daripada 3 orang Pegawai Psikologi dan merupakan salah satu unit di bawah penyeliaan  Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).
 
Matlamat unit ini adalah membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik, sosial, peribadi, spiritual dan kerjaya melalui;
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pengawalan Program Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling secara berkesan di Politeknik.
 
Apa Itu Kaunseling? Kaunseling adalah hubungan bersemuka antara individu normal untuk memahami diri dan situasinya, menggunakan potensi dengan cara memanfaatkan diri, keluarga, agama, masyarakat dan agama juga mempelajari cara berhadapan dengan masalah dalam memenuhi keperluan diri masa kini dan akan datang.
 
Kod Etika Kaunseling adalah menghormati privasi klien dan merahsiakan maklumat.
Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan melaksanakan kemahiran secara professional. Menghormati keputusan dan penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

Carta Organisasi
Lihat carta organisasi di sini 
 
PERKHIDMTAN YANG DISEDIAKAN;
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Kaunseling Keluarga
Kaunseling Perkahwinan
Kaunseling Penyalahgunaan Bahan
Kaunseling Kerjaya
Pengujian Psikologi
Teknik Belajar Berkesan
Pengurusan Masa
Pengurusan Tekanan dan Marah
Klinik Penasihatan Akademik
Khidmat Pengujian Psikologi
permohonan jawatan Brochure atau pamplet kerjaya