Definisi Komunikasi Korporat
- Merupakan tunjang atau nadi dalam sesebuah organisasi. Ia merupakan suatu proses pengukuhan identiti dan imej organisasi yang berterusan di samping melindungi organisasi sekiranya berlakunya krisis pengurusan.
Fungsi
- Sebagai pemudah cara acara rasmi institusi bagi tujuan mempromosikan Politeknik Merlimau melalui strategik penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan.
- Turut berperanan dalam memperkasa hubungan bersama media cetak, media elektronik dan media baharu.
- Menguruskan maklum balas pelanggan agar sistem penyampaian Politeknik berkesan dan efisien.
Objektif
- Meningkatkan dan menjaga imej korporat PMM
- Menyelaras aktiviti perhubungan korporat
- Menyalurkan aduan dan maklumbalas pelajar staf dan pihak luar berkaitan kemudahan serta perkhidmatan
- Memastikan bahan-bahan penerbitan, identiti yang seragam dan selaras dengan dasar korporat.
- Memastikan dasar dan maklum berkaitan PMM dihebahkan dan difahami warga PMM dan Masyarakat
|
|