Unit Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan 

Pengenalan

Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (USKK), Politeknik Merlimau merupakan unit yang bertanggungjawab dalam merancang dan mengurus dan melaksanakan segala aktiviti dan kemudahan sukan, pembelajaran dan pengajaran serta kebudayaan di Politeknik Merlimau. Semua aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan berjalan mengikut Jadual dan Takwim Semester dan Tahunan.

Dalam aktiviti kokurikulum, USKK bertindak mengurus dan merancang perlaksanaan kursus AR101 dan Kursus AR201. Kursus ini menekankan kepada kemahiran asas dan khusus yang meliputi berkawad, pertolongan cemas, pencegahan kebakaran, protokol dan pengurusan organisasi dimana sesuai dengan perkembangan mental, minat, bakat dan pembentukan nilai nilai estetika pelajar.

 

Carta Organisasi Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (USKK) klik sini.

 

Antara kemudahan yang disediakan oleh jabatan adalah seperti berikut:

KEMUDAHAN SUKAN

1

Gelanggang Badminton

7

Gelanggang Bola Keranjang

2

Gelanggang Squash

8

Padang Bola

3

Gelanggang Tenis

9

Padang Ragbi

4

Gelanggang Takraw

10

Padang Hoki

5

Gelanggang Futsal

11

Gym

6

Gelanggang Bola Tampar

12

Dewan Sukan Paladium

Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan terlibat secara langsung dengan aktiviti - aktiviti sukan luar seperti Majlis Sukan Politeknik (MSP), Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA), Majlis Sukan Universiti Malaysia (MAKSUM) dan sukan peringkat negeri.

 

SENARAI NAMA PEGAWAI DAN JAWATAN MENGIKUT PORTFOLIO DI UNIT SUKAN, KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN

BIL

NAMA

JAWATAN

UNIT/JABATAN

1

En. Amir Bin Awang@Muda

Ketua Unit

USKK

2

En. Mohd Izuddin Bin Yusop

Ketua Kursus Kokurikulum

USKK

3

En. Mohd Alif Al Bakri Bin Abdullah

Pegawai Kebudayaan

JKM

4

En. Zailaini Bin Siran

Pegawai Sukan

USKK

5

En. Rashidi Bin Ya'amat

Pembantu Operasi

USKK

 

Laman Web Tempahan Gelanggang Secara Online

Klik sini untuk ke laman web Tempahan Gelanggang Secara Online
Sistem ini membenarkan pengguna untuk membuat tempahan gelanggang secara atas talian bagi memudahkan pengurusan aktiviti yang akan dijalankan di Politeknik Merlimau Melaka. Sistem ini juga membenarkan pengguna untuk membuat pinjaman alatan sukan bagi menjalankan aktiviti.