{slide Bagaimana untuk saya menghubungi Portal Politeknik Merlimau?}

Anda Boleh menghubungi :-

Unit ICT, Politeknik Merlimau
No. Tel : 06-2636678, Fax : 06-2636678 atau
Emel : webmaster[@]pmm.edu.my

Peg Hal Ehwal Pelajar (KD)
PMM.

{slide Saya telah mendapat surat tawaran daripada Politeknik Merlimau pada 22/05/2011 dalam bidang diploma ukur tanah ambilan Disember 2011 yang akan melapor diri pada 27/11/2011. Saya telah mengepos dokumen-dokumen yang diminta oleh pihak PMM pada 29/5/2011 menggunakan perkhidmatan pos ekspress tetapi malangnya tidak sampai kepada pihak tuan. Saya mengetahui hal ini selepas saya menyemak di laman sesawang politeknik pada 3/6/2011.Saya ingin sangat belajar di Politeknik Merlimau.. adakah disebabkan hal itu tawaran saya dibatalkan serta merta? bolehkah saya belajar di Politeknik Merlimau?}

Untuk makluman tuan, bagi pelajar yang telah ditawarkan ke Politeknik KPTM, saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah dan syabas kerana tuan adalah dikalangan pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lepas.

Bagi kemusykilan tuan, tiada masalah dengan tawaran tuan. Sistem tawaran PMM sekarang hanya aktif bagi pelajar tawaranpada bulan Julai dahulu.

Selepas pihak PMM memproses tawaran sesi ini baru dilakukan sesi berikutnya. Sememangnya tuan telah ditawarkan belajar di PMM bagi kemasukan Disember.Tawaran tuan tidak terbatal.Sekiranya tuan telah menghantar dokumen

ke PMM maka kami akan membuat semakan selepas kemasukan sesi Julai ini selesai.

Selamat maju jaya.

Zainol Bin Othman
Peg Hal Ehwal Pelajar (KD)
PMM.

{slide Bilakah keputusan permohonan kamsis?}

Keputusan kamsis dirujuk di pejabat kamsis atau telefon untuk mendapatkan jawapan dari pihak kamsis.

{slide Bilakah Politeknik Merlimau Melaka mula beroperasi?}

Politeknik Merlimau merupakan politeknik ke 14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia terletak di daerah Jasin, 2 km dari pekan Merlimau, 24 km dari bandar Melaka dan 19 km dari bandar Jasin.Politeknik mula beroperasi pada 17 November 2002 dan telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002. Politeknik Melimau mempunyai kapasiti maksimum seramai 5060 orang pelajar.

{slide Apakah kemudahan prasarana yang disediakan oleh PMM?}

Di Politeknik Merlimau kami mnyediakan kemudahan prasana yang sesuai sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Kami menyediakan kemudahan asas seperti asrama pelajar, pusat kegiatan pelajar, pusat islam, perpustakaan. kantin, hotel, dewan besar, kafetaria dan pusat sukan. Layarilah web kami bagi mendapatkan maklumat yang tentang prasarana tersebut.

{slide Berkaitan dengan hal-hal pelajar, bagaimanakah PMM menguruskannya?}

Secara amnya Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) PMM membantu pihak Pengurusan Politeknik Merlimau dan Bahagian Pengurusan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam proses pengambilan, pendaftaran serta menyimpan dan mengemaskini rekod pelajar.Tugas lain dalam jabatan ini ialah menyediakan Kad Pelajar, menyediakan statistik pelajar, membantu dalam hal-hal permohonan berhenti, tangguh pengajian, pertukaran kursus dan Politeknik.

{slide Adakah sebarang akta lalulintas bagi pelajar di PMM?}

Para pelajar tertakluk kepada Akta 174 (termasuk tatatertib lalulintas jalan) dimana Pengarah dan staf yang menurunkan kuasa mendenda wang(tidak lebih RM100 dan dimasukkan dalam hasil kerajaan) kepada staf (pensyarah -pensyarah yang dilantik sebagai peg. lalulintas) hanya boleh bertindak ketas pelajar Polteknik Merlimau di dalam kampus sahaja.

{/slides}

Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada kami di sini