PENGENALAN
Unit Kamsis berperanan menguruskan penempatan pelajar. Unit ini diletakkan dibawah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA). Ianya diterajui oleh seorang Pengurus Asrama, seorang Penyelia Asrama Kanan, empat orang Penyelia Asrama dan beberapa orang Warden (Jumlah Warden berubah).
Kamsis Politeknik Merlimau mempunyai enam blok bangunan empat tingkat yang boleh menampung seramai 1404 orang penghuni. Setiap bangunan boleh menempatkan seramai 234 orang pelajar. Pada asalnya 4 blok menempatkan pelajar siswi manakala 2 blok untuk pelajar siswa. Walau bagaimana pun mulai Sesi Jun 2014, pembahagian blok terbagi kepada 3 blok untuk siswa dan 3 blok untuk siswi. Perkara ini berterusan untuk setiap sesi Jun sahaja memandangkan bilangan pelajar siswa meningkat setiap sesi Jun. Perkara ini dapat dilaksanakan kerana setiap blok mempunyai pagar nya sendiri.
Syarat-syarat permohonan menduduki Kamsis.
1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) di portal PMM.
2. Borang yang lengkap yang telah dihantar secara atas talian hendaklah juga di cetak dan di hantar ke Pejabat Pengurusan Kamsis sebelum tarikh tutup permohonan berserta dokumen sokongan yang lain seperti :
i) Slip gaji/surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan oleh Penghulu atau Pegawai Kumpulan A.
ii) Laporan Kesihatan yang telah disahkan oleh doktor bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang serius.
iii) Sijil Kematian bagi anak yatim piatu.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Kamsis menyediakan kemudahan yang lengkap seperti tilam, bantal, katil, almari pakaian, meja dan kerusi belajar, langsir, rak buku dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah:
a) Bilik Belajar
b) Bilik Rehat dilengkapi dengan siaran tv Njoi
c) Bilik menggosok baju
d) Mesin basuh disetiap aras
e) Padang dan gelanggang permainan
f) Kafetaria yang beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam
g) Pusat Islam
h) Internet (Wifi)
i) Kemudahan mesin penapis air panas/sejuk di setiap blok
Kriteria Pemilihan Pelajar Kamsis Politeknik Merlimau
Berikut adalah kriteria pemilihan untuk permohonan kamsis:
- Pendapatan dan tanggungan ibubapa / penjaga
- Anak Yatim Piatu
- Disiplin
- Aktiviti yang disertai di Kamsis/Jabatan
- Jarak rumah ke Politeknik
- Masalah kesihatan
- Borang lengkap dan maklumat adalah benar
- Bergantung kepada kekosongan tempat.
Carta Organisasi KAMSIS
Klik sini untuk lihat carta