Pengenalan

Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia (UPIM) Berfungsi sebagai unit sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta  khidmat penyebaran dan penyampaian maklumat di PMM. Unit ini juga memainkan peranan dalam menjayakan segala aktiviti  rasmi  PMM yang melibatkan rakaman siaran langsung, rakaman video dan gambar, sistem audio dan video.
Disamping itu, UPIM menghasilkan produk seperti video koporat, video dalaman PMM, slide show dan sebagainya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara perkhidmatan yang dijalankan ialah :

a. Membuat rakaman siaran langsung
b. Merakamkan aktiviti rasmi PMM secara video dan gambar still.
c. Menyediakan tayangan-tayangan multimedia bagi menjayakan sesuatu program seperti Hari Kualiti,
     Sambutan Bulan Kemerdekaan, Minggu Suai Kenal dan sebagainya.
d.  Mengeluarkan produk multimedia dalam bentuk video, audio dan slide.
e.  Menyediakan peralatan audio, video, komputer, Projektor LCD dan kamera bagi menjayakan proses
     pengajaran dam pembelajaran.
f.  Menghasilkan brosur PMM dan jabatan-jabatan yang terdapat di PMM.
g.  Menerbitkan laporan tahunan PMM.
h.  Bilik seminar atau tayangan yang selesa.
i.   Merekabentuk dan mencetak banner, poster, sticker dan sebagainya.
j.   Menyalin VCD dan DVD bagi P&P dalam margin yang besar.

Carta organisasi

Klik sini untuk lihat carta