Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas pertolongan dan rahmatNya, Politeknik Merlimau atau lebih dikenali sebagai PMM sehingga kini kekal sebagai wadah pemangkin kemajuan dalam aspek Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Negeri Melaka amnya dan khususnya di kawasan Merlimau ini.

Saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman sesawang Politeknik Merlimau ini sebagai antara medium komunikasi antara warga kerja dan pelajar mahupun sebagai platform interaksi bersama orang luar.

Seiring dengan saranan kerajaan yang ingin menjadikan TVET sebagai pilihan utama para belia, PMM sentiasa menambah baik segala perkhidmatan terutama aspek pendidikan teknikal dalam melahirkan pelajar yang holistik yang memenuhi aspirasi kerajaan mahupun pasaran pekerjaan.

Selain itu, bertepatan dengan kehendak kini iaitu penerapan norma baharu dalam kehidupan di Malaysia, PMM kini ke arah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian secara berskala besar selain menitikberatkan kesedaran mengenai kebersihan diri sekali gus memberi persekitaran kondusif kepada para pelajar.

Saya berharap agar para pelayar laman sesawang sentiasa mendapat segala maklumat yang diinginkan melalui platform ini. Pihak pengurusan PMM sentiasa terbuka dan menerima sebarang pandangan, syor serta komen yang membina daripada semua pengguna ke arah menambah baik laman web ini untuk faedah semua.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web PMM.

Sekian.

NORIZAM BIN SEKAK (P.K, A.M.N)

Pengarah
Politeknik Merlimau