SEJARAH POLITEKNIK MERLIMAU

 


     Politeknik Merlimau merupakan politeknik ke-14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Ia terletak di daerah Jasin, 2 km dari pekan Merlimau, 24 km dari bandar Melaka dan 19 km dari bandar Jasin.Politeknik mula beroperasi pada 17 November 2002 dan telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002. Politeknik mempunyai kapasiti maksimum seramai  5060 orang pelajar. Kini PMM telah  beroperasi sepenuhnya, dan menjadi salah satu nukleus yang penting kepada Merlimau.

     Politeknik Merlimau sendiri sejak penubuhannya tahun 2002 hingga kini telah melahirkan 21,580 graduan yang mampu menghasilkan kebolehpasaran.

Politeknik Merlimau, Melaka - PMM