TVET Warriors 3.0 merupakan program anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Merlimau Melaka yang menghimpunkan pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan dan kemahiran TVET. Program ini mensasarkan pelajar Politeknik Merlimau Melaka melalui pengisian seperti TVET Quiz, TVET Ventures Challenge, TVET Alumni Talk, TVET Skills Tech Fair dan TVET Green bagi meningkatkan pengetahuan, kreativiti, kemahiran serta minat terhadap bidang TVET.

Program akan berlangsung pada 29 September 2026 (Selasa), jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di JMSK dan sekitar Politeknik Merlimau Melaka, selaras dengan tema β€œTVET Pilihan Utama Kerjaya”.