Β 

Seramai 93 pelajar baharu Asasi TVET melahirkan rasa gembira apabila berjaya melalui proses pendaftaran bagi kemasukan Sesi 1 2023/2024, petang tadi.

Pengarah PMM, Mejar Norizam bin Sekak bangga dan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menyambung pengajian Asasi TVET di PMM.

β€œSaya berharap pelajar-pelajar dapat memanfaatkan segala peluang pembelajaran dan kemudahan prasarana yang terdapat di PMM,” katanya
Pendaftaran bermula seawal 8.30 pagi sehingga 5.30 petang diadakan secara sederhana dan teratur. Tinjauan mendapati proses pendaftaran yang diadakan di asrama kamsis, berjalan lancar dan mengikut perancangan, rata-rata daripada kalangan ibubapa dan penjaga turut berkongsi rasa gembira dan bersyukur apabila anak mereka berjaya melangkah kaki ke PMM.
............................................
Facebook: Politeknik Merlimau - PMM
Tiktok: politeknikmerlimau
Instagram: politeknikmerlimau
Twitter: pmm_poliedu