𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐂𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐋𝐈𝐌𝐀𝐔

Politeknik Merlimau (PMM) akan menganjurkan Pertandingan Memancing di Tasik PMM, pada 11 Januari 2024 (Khamis) bermula pukul 8.00 pagi. Program anjuran Jawatankuasa Smart Green PMM bersama Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan dan Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) PMM ini dibuka penyertaanya terhad kepada warga PMM sahaja. Setiap peserta hanya dikenakan bayaran yuran sebanyak RM 20 sahaja. Jom kita lihat syarat-syarat pertandingan:

1. Kaedah memancing tradisional sahaja dibenarkan. Hanya penggunaan joran tanpa kekili@reel dibenarkan. (contoh rod teleskopik, rod buluh, rod bertam, rod Pelepas kelapa)
2. Penggunaan pelampung dibenarkan.
3. Maksimum hanya dua mata kail dibenarkan.
4. Semua bentuk umpan dibenarkan kecuali organ dalaman haiwan.
5. Penggunaan mata bom, mata jaring tidak dibenarkan.
6. 2 kategori dipertandingkan: (Ikan terbanyak dan Ikan terpanjang)
7. Peserta disarankan membawa bekas ikan sendiri. (jaring, baldi, tong)
8. Keselamatan peserta adalah dibawah tanggungjawab sendiri.
9. Ikan adalah hak milik pemancing
10. Keputusan juri pertandingan adalah muktamad

Selain itu pelbagai aktiviti menarik, serta hadiah dan cabutan bertuah menanti anda, dan yang paling penting sarapan pagi dan makan tengahari disediakan dan pastinya setiap penyertaan dikira sebagai 1 hari berkursus!!
Jadi apa tunggu lagi, jom sertai dan Daftar permohonan anda sekarang di pautan yang disediakan https://docs.google.com/.../1FAIpQLScnBX7IkcVOI8.../viewform . Bayaran yuran perlu dibuat secara tunai sahaja sebelum 29 Disember 2023. Sebarang makumat sila hubungi Puan Suhana di talian 016-3384653.

Facebook: Politeknik Merlimau - PMM
Tiktok: politeknikmerlimau
Instagram: politeknikmerlimau
Twitter: pmm_poliedu