
HEBAHAN PILIHAN RAYA KAMPUS SESI 2026/2027POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA (PMM)
Dimaklumkan kepada seluruh warga pelajar Politeknik Merlimau Melaka (PMM) bahawa Pilihan Raya Kampus (PRK) Sesi 2026/2027 bakal dilaksanakan pada 04 Feb 2026. Inilah peluang terbaik untuk anda menentukan barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang akan menjadi suara dan wakil aspirasi mahasiswa PMM.
Sehubungan itu, semua pelajar amat dialu-alukan untuk mengambil bahagian sama ada sebagai calon yang bersedia memimpin dan mencurah bakti, mahupun sebagai pengundi yang bertanggungjawab demi memastikan proses pemilihan berjalan secara telus, adil dan berintegriti.
📅 Tarikh-Tarikh Penting PRK PMM 2026/2027
📝 Pendaftaran & Serahan Borang Pencalonan
📅 13 Januari 2026 (Selasa) – 20 Januari 2026 (Selasa)
🗳 Hari Penamaan Calon
📅 22 Januari 2026 (Khamis)
📣 Tempoh Berkempen
📅 23 Januari 2026 (Jumaat) – 3 Februari 2026 (Selasa)
✅ Hari Mengundi (Pilihan Raya Kampus)
📅 4 Februari 2026 (Rabu)
Pilihan Raya Kampus PMM 2026/2027 akan mempertandingkan kerusi-kerusi UMUM dan SEKTOR (Jabatan Akademik).
(Bilangan kerusi tertakluk kepada ketetapan Jawatankuasa PRK PMM)
🌟 Adakah Anda Pemimpin Pelajar Yang Dinanti-Nantikan?
Kami menjemput pelajar yang berkelayakan dan berpotensi untuk tampil mendaftar sebagai Calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi PRK PMM Sesi 2026/2027.
Syarat Kelayakan Calon:
✔ HPNM sekurang-kurangnya 2.75
✔ Masih berbaki minimum 2 semester pengajian
✔ Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib
📌 Ayuh tampil ke hadapan!
Inilah peluang anda untuk memimpin, menyuarakan aspirasi rakan mahasiswa, serta mencipta perubahan positif demi kemajuan PMM.
👉 Untuk mendaftar sebagai calon, sila klik pautan borang pencalonan di bawah dan perlu di hantar ke JHEPP selewat-lewatnya Selasa 20 Jan 2026.
🔗 [PAUTAN BORANG PENCALONAN PRK PMM 2026/2027 https://bit.ly/CalonPRKPMM]
Jawatankuasa Sekretariat Pilihanraya PMM
12 Jan 2026

