Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan untuk mendiami Kamsis PMM sesi 1:2024/25 akan dibuka dan pelajar boleh menbuat permohonan secara dalam talian malalui Portal This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tarikh permohonan dibuka : 1 Mei 2024
Tarikh permohonan ditutup : 31 Mei 2024
Sila patuhi proses permohonan seperti berikut :
1)Borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan dihantar secara atas talian
2)Cetak 1 salinan borang permohonan yang telah lengkap diisi
3)Borang permohonan yang telah dicetak hendaklah dikepilkan bersama-sama dokumen sokongan seperti berikut :
3.1 – Salinan slip gaji ibu/bapa/penjaga atau penyata pendapatan (yang telah disahkan)
3.2 – Surat pengesahan/perakuan oleh Pegawai Perubatan yang terkini sekiranya sakit (yang telah disahkan)
3.3 – Lain-lain dokumen berkaitan,
Borang permohonan bersama dokumen sokongan hendaklah dihantar secara serahan tangan atau diposkan sebelum tarikh tutup 31 MEI 2024 ke alamat berikut :
Unit Kamsis
Politeknik Merlimau
Kementerian Pendidikan Tinggi
77300 Merlimau Melaka.
(PERMOHONAN KAMSIS SESI 1:2024/2025)
Keputusan permohonan, hanya akan diketahui selepas pendaftaran pelajar baru ( Semester 1 ) Sesi 1:2024/2025 dilaksanakan.
Permohonan yang lewat atau tidak lengkap atau tidak membuat permohonan dalam talian, tidak akan diproses dan dianggap tidak berminat untuk mendiami Kamsis.
Sebarang permasalahan boleh hubungi ditalian 06-2636687 ( dalam waktu pejabat )
Sekian, terima kasih.
Pengurusan Kamsis
Politeknik Merlimau, Melaka.
*Nota : Slip gaji .Penyata Pendapatan hendaklah disahkan oleh Majikan/Penghulu/Pegawai Kerajaan Kumpulan A.