Seluruh warga Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mengalu-alukan kehadiran YBrs. Dr. Noriah binti Abdul Malek sebagai Pengarah Politeknik Merlimau Melaka yang baharu.

Kehadiran beliau diharap dapat menyuntik semangat baharu dalam meneruskan agenda kecemerlangan institusi, memperkukuh ekosistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), serta memperkasa potensi warga PMM ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

Dengan semangat kebersamaan dan iltizam yang utuh, seluruh warga #PMMWarriors bersedia untuk terus melangkah sederap, memperkukuh budaya kerja cemerlang serta merealisasikan aspirasi institusi demi melahirkan graduan TVET yang kompeten, berkualiti dan berdaya saing.

Semoga kepimpinan YBrs. Dr. Noriah binti Abdul Malek menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan, inovasi dan kecemerlangan buat Politeknik Merlimau Melaka.

Selamat datang dan selamat menerajui kepimpinan PMM! Semoga segala usaha dan amanah yang digalas dipermudah serta membuahkan kejayaan yang membanggakan.
⸻
Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE! ✨
Facebook: politeknikmerlimaumelaka
Instagram: politeknikmerlimaumelaka
TikTok: politeknikmerlimaumelaka
YouTube: politeknikmerlimaumelaka