STEM STAR DAY anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer diadakan bertujuan untuk memupuk minat terhadap ilmu sains dan menjadi platform kepada pelajar untuk menyemarak dan membudayakan pembangunan dan kemajuan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Aktiviti -aktiviti yang akan diadakan adalah Pertandingan Projek Mini Sains, pertandingan Robotcar, I Star Challenge, Literasi Stastistik oleh Jabatan Perangkaan Melaka dan booth games. Dalam aktiviti projek mini sains, projek sains pelajar di dalam kelas akan dipertandingkan bagi menguji tahap kreativiti dan inovasi pelajar dalam STEM.
Pertandingan Robotcar merupakan satu pertandingan berbentuk pendidikan yang memerlukan peserta membina Robotcar yang menggunakan tenaga solar sepenuhnya. I Star Challenge adalah satu pertandingan di mana pelajar akan mencipta video pendidikan untuk kursus Matematik, Sains atau Komputer dan akan dimuat naik video tersebut di Tik Tok.
Program ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mengasah minda, kemahiran dan kreativiti masing-masing dengan permainan-permainan yang melibatkan matematik dan sains.
Program ini akan diadakan pada 26 Oktober 2023 dari pukul 8.30 pg sehingga 4.00 ptg bertempat di Kantin Delima PMM. Jom meriahkan program STEM STAR DAY!