Kesenian, Warisan & Budaya Malaysia sekali lagi diangkat dan bakal mewarnai Politeknik Merlimau di dalam Festival Kebudayaan & Warisan (FESKEW KE-12), Politeknik Malaysia & Kolej Komuniti pada 1 hingga 3 Julai 2024. Satu acara teragung yang bakal menyaksikan sebuah naskah perjalanan yang akan menyentuh jiwa kebudayaan kita,
Dengan tema Inspirasi TVET: Layarkan Seni & Budaya, Perkasa Rentak Warisan, Medan Politeknik Merlimau telah berubah menjadi landskap budaya, warisan, tradisi, melodi dan seni yang terindah yang bakal menjadi satu fenomena. FESKEW KE-12 telah berjaya menyatukan pentas budaya seluruh Malaysia yang dibuktikan dalam pertandingan βRentak Buskingβ yang pastinya meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dan diperhebatkan lagi dengan pertaruhan hasil karya βDoodles Artβ yang akan menjadi mercu tanda karya seni dan kreativiti pelajar.