𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 πŠπ„π”π’π€π‡π€π–π€ππ€π πƒπˆ πˆππ“ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆππ„π‘π‡π„ππ€π“: ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π‹πˆπŒπ€π” π‰πŽπ‡π€π 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πˆππ’π“πˆπ“π”π’πˆ πŠπ„π”π’π€π‡π€π–π€ππ€π π“π„π‘ππ€πˆπŠ (ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ) , π€πŠπŠππ“ πŸπŸŽπŸπŸ‘

BUKIT KIARA, 8 Mac - Usaha menyokong agenda keusahawanan di institusi pengajian tinggi (IPT) akan dipergiatkan di semua peringkat, bagi melahirkan lebih ramai usahawan berkemahiran tinggi.

Penantian selama 10 tahun akhirnya Politeknik Merlimau (PMM) berjaya memenangi Anugerah Institusi Keusahawanan Terbaik (Politeknik) sempena Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT) 2023, malam ini. Pemenang membawa pulang geran pembangunan keusahawanan bernilai RM 175,000, trofi dan plak sijil. Pastinya kemenangan ini bakal memberi seribu memori kepada seluruh warga PMM.

Anugerah bagi menghargai inisiatif dan usaha Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang cemerlang dalam pendidikan dan pembangunan keusahawanan itu disampaikan dan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

AKKPT yang dahulunya dikenali sebagai β€œMinistry of Education Entrepreneurial Awards (MEA)” mula diperkenal sejak 2011. Anugerah ini adalah platform pengiktirafan tertinggi kementerian terhadap komitmen jitu dan usaha tanpa jemu institusi pendidikan tinggi, tenaga pengajar, para pembimbing, pelajar dan graduan, untuk memperkasakan agenda keusahawanan di IPT, selain meningkatkan persaingan sihat dan menyuburkan semangat keusahawanan.

KPT telah menerima 213 penyertaan daripada IPT seluruh Malaysia yang seterusnya telah dinilai oleh panel penilai yang dilantik dalam kalangan tokoh industri dan pakar pelbagai bidang terutamanya keusahawanan. Sebanyak 16 kategori turut dipertandingkan; sembilan (9) daripada Kategori Utama; dan tujuh (7) lagi untuk Kategori Anugerah Khas Keusahawanan Digital dan Inovasi.

Anugerah ini turut disertai oleh Instititusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang lain.
..........................................
Facebook: Politeknik Merlimau - PMM
Tiktok: politeknikmerlimau
Instagram: politeknikmerlimau
Twitter: pmm_poliedu
#PMMWarriors #X4X
#PoliteknikMerlimau
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat