Mengenai Kami


PENGENALAN

Setiap Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi adalah bertanggungjawab memberi panduan mengenai pembelajaran, penilaian, pengawalan dan perjalanan peperiksaan. Penganugerahan Sijil dan Diploma kepada pelajar masing-masing adalah tertakluk kepada kelulusan dan pengesahan Lembaga Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan Politeknik KPT setelah pelajar lulus semua peperiksaan serta memenuhi semua kehendak kursus. Unit Peperiksaan Politeknik adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan berpandukan sepenuhnya Takwim Aktiviti Pentaksiran Politeknik Malaysia.
 
Unit Peperiksaan Politeknik Merlimau Melaka terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Peperiksaan, seorang Pegawai Peperiksaan (Rekod dan Pensijilan), seorang Pegawai Peperiksaan (Pengurusan Penilaian) yang dilantik oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik, 2 orang staf sokongan (Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat) dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan yang dilantik dari setiap Jabatan Akademik.

Jawatankuasa  Peperiksaan PMM terdiri daripada Pengarah PMM (Pengerusi),Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Ketua Pegawai Peperiksaan (Setiausaha), Pegawai Peperiksaan, Ketua-Ketua Jabatan Akademik dan mana-mana pegawai yang dilantik oleh Pengarah.

Jawatankuasa Peperiksaan PMM dengan kuasa yang  diperturunkan oleh Lembaga Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan Politeknik KPT bertanggungjawab :

1.Menentukan dan melaksanakan apa-apa dasar yang perlu berhubung dengan segala aktiviti peperiksaan.

2.Memastikan peraturan-peraturan peperiksaan dipatuhi.

3.Menentukan tindakan disiplin yang akan diambil ke atas pelajar yang melanggar peraturan peperiksaan.

4.Memutuskan kedudukan pencapaian akademik pelajar.

5.Membuat dan mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak Lembaga Peperiksaan, Penilaian dan 
   Pensijilan Politeknik KPM.

6.Mempertimbangkan dan memutuskan rayuan yang dikemukakan oleh pelajar berhubung dengan keputusan
   peperiksaan.


PERSEKITARAN UNIT

exam2018

 

 

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI UNIT PEPERIKSAAN Klik sini

 

Penilaian dan Pentaksiran


SISTEM NILAIAN MATA

Sistem penilaian Politeknik Kementerian  Pendidikan Tinggi adalah berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi pelajar di dalam sesuatu program dan dikenali sebagai Sistem Nilaian Mata (SNM).

Mengikut sistem ini, prestasi pelajar bagi sesuatu kursus adalah berdasarkan kepada   Sistem Gred yang mana pencapaian pelajar dinilai menggunakan dus (2) ukuran iaitu:

i.    Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA); dan

ii.    Himpuna Purata Nilaian Mata (HPNM)  atau  Cumulative Grade Point Average (CGPA).


SISTEM GRED

Markah yang diperolehi oleh pelajar di dalam sesuatu kursus akan diberi nilai mata dan gred mengikut kumpulan seperti jadual di bawah:

sistem gred 2022


PENILAIAN DALAM SISTEM  SEMESTER

Setiap kursus akan dinilai secara berkala dan berterusan merujuk kepada kaedah yang ditentukan oleh dokumen kurikulum sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. Kursus-kursus yang tidak melibatkan Peperiksaan Akhir (PA) akan dinilai secara 100% Penilaian Kerja Kursus (PKK). Bagi kursus yang melibatkan Peperiksaan Akhir akan dinilai merujuk kepada dokumen kurikulum yang sedang berkuatkuasa.  


PERATURAN AM KAEDAH PENILAIAN

Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak untuk dinilai prestasi akademiknya:
•    telah mendaftar/melapor diri untuk mengikuti pengajian;
•    telah mendaftar kursus berkenaan; dan
•    telah mencapai kehadiran 80% seperti yang ditetapkan bagi aktiviti pembelajaran yang diwajibkan bagi sesuatu kursus.


KATEGORI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Keputusan Peperiksaan bagi setiap semester akan dikategorikan kepada :

i) Kedudukan Baik (KB)
•    Pelajar mendapat HPNM bersamaan atau lebih 2.00

ii) Kedudukan Bersyarat (KS)
•    Pelajar mendapat HPNM bersamaan atau lebih 1.60 dan kurang daripada 2.00

iii) Mengulang Semester (MS)
•    Pelajar mendapat HPNM bersamaan atau lebih 1.60 dan gagal melebihi 50% kursus teknikal.

iv) Gagal dan Diberhentikan (GB)
•    Pelajar mendapat HPNM kurang daripada 1.60
•    Pelajar mendapat PNM kurang daripada 1.00
•    Pelajar gagal sesuatu kursus sebanyak TIGA (3) kali
•    Pelajar memperolehi keputusan KS TIGA (3) kali berturut-turut tidak termasuk semester pendek
•    Pelajar gagal Latihan Industri sebanyak DUA (2) kali
•    Pelajar telah melampaui tempoh maksimum pengajian sesuatu program


PENGANUGERAHAN SIJIL / DIPLOMA

Pelajar adalah layak dianugerahkan Sijil/Diploma setelah :

•    Lulus semua kursus yang disyaratkan;
•    mendapat HPNM bersamaan atau lebih daripada 2.00
•    mencapai jumlah jam kredit yang ditetapkan bagi sesuatu program; dan
•    telah diperakui oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik.

 

Aktiviti


Sekitar Konvokesyen Ke-16

exam2018GBR1


Bengkel Penilaian dan Pemurnian Item Peperiksaan Akhir Politeknik KPT

exam2018GBR2


Bengkel iCGPA

exam2018GBR3