Mengenai Kami
Setiap Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi adalah bertanggungjawab memberi panduan mengenai pembelajaran, penilaian, pengawalan dan perjalanan peperiksaan. Penganugerahan Sijil dan Diploma kepada pelajar masing-masing adalah tertakluk kepada kelulusan dan pengesahan Lembaga Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan Politeknik KPT setelah pelajar lulus semua peperiksaan serta memenuhi semua kehendak kursus. Unit Peperiksaan Politeknik adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan berpandukan sepenuhnya Takwim Aktiviti Pentaksiran Politeknik Malaysia. Jawatankuasa Peperiksaan PMM terdiri daripada Pengarah PMM (Pengerusi),Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Ketua Pegawai Peperiksaan (Setiausaha), Pegawai Peperiksaan, Ketua-Ketua Jabatan Akademik dan mana-mana pegawai yang dilantik oleh Pengarah. Jawatankuasa Peperiksaan PMM dengan kuasa yang diperturunkan oleh Lembaga Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan Politeknik KPT bertanggungjawab : 1.Menentukan dan melaksanakan apa-apa dasar yang perlu berhubung dengan segala aktiviti peperiksaan. 2.Memastikan peraturan-peraturan peperiksaan dipatuhi. 3.Menentukan tindakan disiplin yang akan diambil ke atas pelajar yang melanggar peraturan peperiksaan. 4.Memutuskan kedudukan pencapaian akademik pelajar. 5.Membuat dan mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak Lembaga Peperiksaan, Penilaian dan 6.Mempertimbangkan dan memutuskan rayuan yang dikemukakan oleh pelajar berhubung dengan keputusan
Dapatkan borang-borang berkaitan Unit Peperiksaan disini. |
Carta Organisasi
CARTA ORGANISASI UNIT PEPERIKSAAN Klik sini |
Penilaian dan Pentaksiran
Sistem penilaian Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi adalah berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi pelajar di dalam sesuatu program dan dikenali sebagai Sistem Nilaian Mata (SNM). Mengikut sistem ini, prestasi pelajar bagi sesuatu kursus adalah berdasarkan kepada Sistem Gred yang mana pencapaian pelajar dinilai menggunakan dus (2) ukuran iaitu: i. Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA); dan ii. Himpuna Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA).
Markah yang diperolehi oleh pelajar di dalam sesuatu kursus akan diberi nilai mata dan gred mengikut kumpulan seperti jadual di bawah: PENILAIAN DALAM SISTEM SEMESTER
Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak untuk dinilai prestasi akademiknya:
Keputusan Peperiksaan bagi setiap semester akan dikategorikan kepada : i) Kedudukan Baik (KB) ii) Kedudukan Bersyarat (KS) iii) Mengulang Semester (MS) iv) Gagal dan Diberhentikan (GB)
Pelajar adalah layak dianugerahkan Sijil/Diploma setelah : • Lulus semua kursus yang disyaratkan; |