Mengenai Kami

PENGENALAN

Unit Jaminan Kualiti  bertanggungjawab untuk  merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan sistem pengurusan kualiti, di samping menjadi penyelaras (koordinator) kepada Imagepegawai-pegawai kualiti di jabatan dan unit.  Unit ini terletak di bawah tanggungjawab Pengurus Kualiti yang merangkap Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).

 

Objektif penubuhan unit ini adalah untuk menyelaras dan mengimplementasikan sistem pengurusan kualiti ke arah memantapkan peranan warga PMM  yang lebih komited terhadap kesinambungan kecemerlangan organisasi. Tugas utama unit adalah  merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan kualiti bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan berterusan ke arah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti PMM. Selain daripada itu, ianya juga berperanan untuk menyelaras pelaksanaan sistem kualiti di PMM.


ePERKHIDMATAN

 

PERSEKITARAN UNIT

~akan dikemaskini~

 

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI UNIT JAMINAN KUALITI Klik sini

 

Sistem Pengurusan Kualiti


PENGENALAN

Bagi memantapkan lagi sistem pengurusan kualiti di PMM, ianya dikendali oleh dua (2) badan iaitu Jawatankuasa Kerja Kualiti (JKKQ) yang dipengerusikan oleh Pengurus Kualiti dan dianggotai oleh Semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit, manakala Urusetia Kualiti (UQ) yang dipengerusikan oleh Pegawai Pengurusan Kualiti bertindak sebagai koordinator kepada Pegawai Kualiti Jabatan dan Unit Pentadbiran.  Kedua-dua pengendali ini bertanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai kualiti kepada semua warga PMM melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.


CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JK Kerja Sistem Pengurusan Kualiti Klik sini


BUSINESS PLAN

Business Plan Jawatankuasa Kerja Sistem Pengurusan Kualiti Klik sini


DOKUMEN JAMINAN KUALITI

 Senarai Proses Kerja Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 & ISO 21001:2018.  Klik sini.

 

 

 

Akreditasi


PENGENALAN

Akreditasi di PMM merupakan satu perakuan bahawa sijil atau  diploma  yang dianugerahkan oleh Politeknik Merlimau telah mencapai tahap standard kualiti yang ditetapkan.


CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JK Kerja Akreditasi Klik sini


BUSINESS PLAN

Business Plan Jawatankuasa Kerja Akreditasi Klik sini



DOKUMEN JAMINAN KUALITI

 

 

EKSA

PENGENALAN

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

  • memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
  • meningkatkan imej korporat;
  • menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
  • menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
  • memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.


CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JK Kerja EKSA Klik sini


BUSINESS PLAN

Business Plan Jawatankuasa Kerja EKSA Klik sini



 

Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PENGENALAN

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan antara elemen yang penting dalam menentukan kecemerlangan akademik pelajar. Pemantauan pengajaran pensyarah yang dilaksanakan secara berkala berdasarkan garis panduan ini dapat memastikan pelaksanaan PdP mematuhi perancangan dan peraturan yang ditetapkan. Penilaian pengajaran pensyarah oleh pegawai pemantau merangkumi proses semakan dokumen dan pencerapan semasa pelaksanaan PdP. Manakala maklumbalas pelajar merangkumi persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah. Hasil penilaian pengajaran pensyarah dianalisa dan dilaporkan bagi tujuan melaksanakan tindakan penambahbaikan dalam meningkatkan pembangunan profesionalisme pensyarah.

Bagi memastikan pelaksanaan PdP pensyarah berfungsi seiring dengan perkembangan semasa, maka pelaksanaan pemantauan PdP harus dilaksanakan dengan terancang dan teratur agar ia mampu mendorong pensyarah untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Pendekatan bimbingan harus ditekankan agar sebarang tindakan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) dapat dibuat.

Pelaksanaan pemantauan PdP ini juga seharusnya dilihat oleh pensyarah sebagai salah satu kaedah penilaian kendiri agar teknik PdP sentiasa ditambahbaik bagi disesuaikan dengan suasana pembelajaran masa kini selain memastikan core business politeknik berjalan sebagaimana yang dirancang. Teknik pengajaran pensyarah harus disesuaikan dengan keperluan industri masakini bagi memastikan graduan yang dihasilkan kekal relevan dan berdaya saing selaras dengan Petunjuk Kejayaan Utama (KSI) dalam Fasa 2 Peta Tuju Transformasi Politeknik yang menetapkan sebanyak 85% graduan perlu diterima bekerja (termasuk melanjut pengajian) dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian. Pemantauan PdP juga perlu dijadikan satu agenda penting bagi memartabatkan profesionalisme pensyarah. Diharapkan garis panduan ini berupaya memberi panduan kepada pemimpin dan staf akademik bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam proses pemantauan PdP.

Garis Panduan Pemantauan Pengajaran Dan Pembelajaran Politeknik Edisi 2015, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi.  KLIK SINI


JADUAL PEMANTAUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Jadual Pemantauan PdP Bagi Sesi Disember 2017 dan Sesi Jun 2018.  KLIK SINI.



LAPORAN PEMANTAUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Laporan Pemantauan PdP Bagi Sesi Disember 2017 dan Sesi Jun 2018.  KLIK SINI.

 

 

Pensyarah Pelawat Industri (PPI)

PENGENALAN

 

Kerajaan berusaha membangunkan generasi pemimpin masa hadapan yang mampu melonjakkan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Seiring dengan matlamat ini, sistem pendidikan Malaysia dibangunkan untuk memastikan generasi muda Malaysia dapat berkembang secara holistik, mempunyai nilai-nilai murni, ilmu, dan kemahiran yang diperlukan untuk meraih kejayaan dalam dunia yang penuh dengan cabaran, persaingan yang kian berubah. Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (PPPM PT) telah dibangunkan dengan memberikan penekanan terhadap 10 lonjakan utama.

Lonjakan-lonjakan ini akan mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi. Lonjakan ini juga menjelaskan kaedah menangani isu berkaitan prestasi utama sistem, terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang mencorakkan landskap pendidikan tinggi.

Salah satu daripada 10 lonjakan tersebut ialah Graduan TVET berkualiti. Dalam mengukur pencapaian lonjakan ini, sebanyak EMPAT (4) strategi telah dikenalpasti dan salah satu daripada strategi tersebut ialah “Kurikulum Berlandaskan Industri”. Dalam menjayakan strategi ini, penyedia TVET (politeknik) akan melibatkan industri dalam menambah baik program sedia ada dan menjadikannya lebih relevan. Antara aktiviti penambahbaikan ini ialah penglibatan pengamal industri dalam proses pengajaran & pembelajaran (PdP) melalui aktiviti Pensyarah Pelawat Industri (PPI). Pelaksanaan PPI ini membolehkan para pelajar memperolehi pengetahuan dan berkongsi pengalaman serta teknologi terkini secara terus dari pengamal industri samada di bilik kuliah atau di industri disamping dapat mempelbagaikan kaedah PdP.

Buku Panduan Pelaksanaan KPI Pensyarah Pelawat Industri (PPI) 2016 – 2020, Politeknik Malaysia, Edisi 2016.  KLIK SINI.

DOKUMEN PENSYARAH PELAWAT INDUSTRI (PPI)

1.   Surat Jemputan Penceramah:
       a)  Kepada Pegawai KLIK SINI
       b)  Melalui Ketua Organisasi KLIK SINI

2.   Surat Pelantikan Penceramah:
       a)  Dengan Bayaran KLIK SINI
       b)  Tanpa Bayaran KLIK SINI

3.   Surat Permohonan Lawatan Akademik. KLIK SINI.

4.   Memo Pensyarah Pengiring.  KLIK SINI.

5.   Memo Pelepasan Kuliah.  KLIK SINI.

6.   Surat Pengesahan Penerimaan Daripada Industri.  KLIK SINI.

7.   Refleksi Pelajar.  KLIK SINI

8.   Pelaporan PPI KLIK SINI.


DOKUMEN TUNTUTAN PENSYARAH PELAWAT INDUSTRI (PPI)

1. Borang Tuntutan PPI KLIK SINI.

2. Senarai Semak Borang Tuntutan PPI KLIK SINI.




 

Aktiviti

~Akan dikemaskini~