Unit Centre of Technology (COT)

Utama

CeTraH

Bidang Pelancongan & Hospitaliti (Tourism & Hospitality) telah dikenalpasti sebagai niche area PMM. Bidang ini akan dibangunkan menjadi Centre of Technology (COT) di PMM. COT dirancang sebagai pusat pelbagai aktiviti dalam mencambah dan menghasilkan pengetahuan serta kemahiran baharu bagi niche area PMM. Untuk menjayakan kewujudkan COT yang bertaraf tinggi dan boleh menjadi contoh kecemerlangan bukan sahaja di kalangan politeknik tetapi juga oleh institusi pendidikan lain, usaha-usaha pembangunan holistik dan terancang perlu dilakukan.

Selaras dengan Persidangan Pengarah-Pengarah Politeknik Bil. 1/2012 pada 12 – 15 Februari 2012, PMM termasuk dalam Fasa 3 untuk mencapai status COT iaitu pada tahun 2016 (berdasarkan Band Tahap sasaran COT) iaitu mencapai markah 80%. Ini merupakan satu inisiatif dan teras untuk memperkasakan politeknik kearah membina reputasi dan jenama baharu sebagai peneraju bidang tujahan dan teknologi tertentu.

PMM akan mengalami pembangunan yang holistik dan akan menjadikan contoh kepada kecemerlangan politeknik di dalam bidang pelancongan dan hospitaliti selaras dengan pencapaian COT.

Justeru itu, COT akan dapat memperkasakan pelaksanaan program pengajian sedia ada tetapi juga dapat menjadi titik tolak kepada satu pembaharuan di dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran setaraf dengan institusi pendidikan pelancongan yang kompetatif.

Berikut adalah Garis Panduan Pelaksanaan Centre of Technology (Edisi 2020) yang digunapakai dalam merealisasikan COT di politeknik. Garis panduan ini telah disediakan oleh  Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, kementerian Pendidikan Malaysia.

(Klik sini untuk ke flipbook COT )

COT di politeknik pula merupakan sebuah pusat di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang tujahan di politeknik digunakan atau di aplikasi melalui;

COT juga berfungsi sebagai pusat rujukan dalam bidang tujahan yang memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti, masyarakat dan industri berkaitan.

Secara umumnya COT politeknik adalah sebuah pusat yang mengembeleng pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh warga politeknik dalam bidang tujahan tertentu serta memperkembangkan pengetahuan, perkongsian kepakaran dan amalan terbaik melalui kerjasama strategik dengan sektor industri, awam dan akademia demi menghasilkan impak maksima kepada kecemerlangan organisasi dan graduan politeknik.

 

Konsep COT

Konsep COT politeknik diadaptasi daripada konsep Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence (COE) yang dibangunkan di universiti.

Sebagai contoh di Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Kecemerlangan ditakrifkan sebagai pusat pengembangan ilmu yang menggabungkan kepakaran dan kemahiran daripada pelbagai bidang untuk menjalankan penyelidikan yang asli dan rintis bagi memberikan kepimpinan ilmu dalam bentuk penggubalan dasar dan pembangunan teknologi kepada masyarakat di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
 
Pusat kecemerlangan adalah dalam pelbagai bentuk iaitu Makmal Penyelidikan /Pusat Penyelidikan/ Institut Penyelidikan/ Pusat Perkhidmatan.

Konsep COT politeknik dapat dijelaskan berdasarkan aktiviti teras COT digambarkan oleh tiga elemen utama COT iaitu:

manakala empat elemen penting yang menjadi kekuatan dan penentu kejayaan sesebuah COT politeknik iaitu:
i.   Pengajaran & Pembelajaran (Teaching & Learning – T&L)
ii.  Penerbitan (Publication)
iii. Pengiktirafan (Recognition)
iv.  Pendapatan (Income)

 

Visi

Menjadi COT yang diiktiraf oleh komuniti dan industri dalam bidang tujahan di dalam dan luar negara.  

Misi

Menggalakkan kecemerlangan dalam bidang tujahan melalui kolaborasi, penyelidikan dan inovasi serta khidmat kepakaran.  

 

Objektif

 

Carta Organisasi

Carta organisasi COT (klik di sini) .  

Aktiviti

Lawatan pemantauan syarat-syarat perakuan akreditasi oleh MQA bagi Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Politeknik Merlimau 2023.

 

 

 

 

Hubungi

Centre of Technology
Politeknik Merlimau, Melaka
KB No.1031 Pejabat Pos Merlimau
77300 Merlimau, Melaka

Tel: 06 – 263 6687 (ext 6015)
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.