
Politeknik Merlimau Melaka (PMM) terus melakar sejarah dan mekar di persada nasional apabila diangkat sebagai Politeknik Premier serta dinobatkan penerima Anugerah POLYCC Berprestasi Tinggi Kategori Politeknik Konvensional, sekali gus mengukuhkan kedudukan PMM sebagai institusi TVET unggul dan diyakini.
Pengiktirafan berganda ini diraikan sempena Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2026 anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang berlangsung di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau Melaka, menjadi pentas bermakna buat seluruh warga PMM.
Majlis ini telah disempurnakan dengan Ucapan Aspirasi oleh YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Turut hadir ialah Tuan Haji Ulaimi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan); Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Timbalan Ketua Pengarah (Governan); Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan (Akademik); Tn. Hj. Azirin bin Abdul Aziz, Menjalankan Tugas Pengarah Kanan (Kompetensi); serta Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan seluruh warga PMM di bawah kepimpinan En. Norizam bin Sekak, Pengarah Politeknik Merlimau Melaka, dalam memperkukuh kualiti pendidikan dan latihan sejajar aspirasi RPTM 2026–2035.
Sebagai Politeknik Premier dan penerima Anugerah POLYCC Berprestasi Tinggi, PMM komited untuk terus memperkukuh kualiti pendidikan dan latihan, melahirkan graduan berdaya saing serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat semua yang terlibat menjayakan majlis ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, di mana Urusetia dan Jawatankuasa Majlis ini terdiri daripada warga Politeknik Merlimau Melaka serta Bahagian Governan dan Korporat, JPPKK.