Mengenai Kami


PENGENALAN

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) merupakan jabatan sokongan akademik yang menawarkan kursus kod B iaitu kursus Matematik, Sains dan Komputer di Politeknik Merlimau Melaka (PMM).

Jabatan ini ditubuhkan pada bulan November 2002 dan sehingga kini terdapat 22 orang tenaga pensyarah, seorang pembantu makmal dan seorang pembantu am pejabat. Fungsi utama jabatan ini adalah untuk membekalkan tenaga pensyarah akademik bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus kod B serta menjalankan tugas sokongan akademik di PMM.

Lokasi pejabat JMSK ialah di aras bawah Blok F bersama Unit Teknologi Maklumat dan Jabatan Pengajian Am. Fasiliti yang terdapat di JMSK ialah 4 buah makmal komputer, 2 buah makmal sains, 2 buah dewan kuliah , 8 buah bilik kuliah, 1 bilik Technology Enabled Classroom (TEC) dan 1 bilik Technology Enabled Collaborative Classroom (TECC).

JMSK diketuai oleh Ketua Jabatan dan dibantu oleh 3 orang Ketua Kursus iaitu Ketua Kursus Matematik, Ketua Kursus Sains dan Ketua kursus Komputer. Untuk memastikan perlaksanaan PdP berjalan dengan efektif dan efisien, Ketua Kursus bertanggungjawab memantau pensyarah di bawah seliaan masing-masing. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di JMSK pula diselaraskan oleh Pegawai Kualiti Jabatan dan penolongnya bagi memastikan sistem berjalan lancar.



 
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Program Pengajian

Tempoh Pengajian

Asasi TVET

1 Tahun (2 semester)


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

A. Makmal Komputer
B. Makmal Sains
C. Bilik Kuliah
D. Dewan Kuliah
E. Technology Enabled Classroom (TEC)
F. Technology Enabled Collaborative Classroom (TECC)

PERSEKITARAN JABATAN


 Borang Tempahan Makmal JMSK di website PMM Klik sini.
 
Rujuk Jadual Makmal Di sini

 

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER Klik Sini

 

 

Asasi TVET


PENGENALAN

Program Asasi TVET ini bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan.

Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Pembangunan kurikulum Program Asasi TVET direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.

Tempoh pengajian bagi Program Asasi TVET adalah setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan

 

PEMETAAN LALUAN PENGAJIAN


SYARAT KEMASUKAN

1.    Warganegara Malaysia
2.    Memiliki SPM atau setaraf
3.    Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
4.    Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
        a.    Bahasa Melayu
        b.    Bahasa Inggeris
        c.    Matematik
        d.    Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian  Kejuruteraan Elektrik
               dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.
        e.    SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya
5.    Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang
        menyukarkan  kerja-kerja amali

PROGRAMME HANDBOOK

 Klik Sini.

 

Unit Matematik


PENGENALAN


Unit Matematik Politeknik Merlimau menawarkan lima (5) kursus matematik yang perlu diambil pada semester 1, 2 dan 3. Bagi kursus Engineering Mathematics 1, kursus ini wajib diambil pada semester 1 (kecuali program DSB). Kursus ini turut menjadi pra syarat bagi kursus Engineering Mathematics 2. Bagi program DSB, pelajar yang mengikuti program ini cuma akan mengambil kursus Elementary Mathematics sahaja bagi kursus di JMSK. Untuk pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), mereka cuma akan mengambil dua kursus matematik yang asas sahaja. Namun, bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan  Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) mereka perlu meneruskan untuk Electrical Engineering Mathematics atau Engineering Mathematics 3. Kesemua kursus ini menawarkan 3 jam kredit kecuali Elementary Mathematics dengan 2 jam kredit.

 
 

 KURSUS YANG DITAWARKAN

BIL

NAMA KURSUS

SEMESTER

1.

DBM10013 – Engineering Mathematics 1

1

2.

DBM10102 – Elementary Mathematics

1 (DSB)

3.

DBM20023 – Engineering Mathematics 2

2

4.

DBM30033 – Engineering Mathematics 3

3 (JKM)

5.

DBM30043 – Electrical Engineering Mathematics

3 (JKE)

 

 SENARAI PENSYARAH UNIT MATEMATIK

 

BIL

SENARAI NAMA

GRED

EMAIL

1.

Noor Hidayah Binti Awang
(Ketua Kursus)

DH44

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2.

Siti Farizah Binti Yaakub

DH48

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

3.

Zinatul 'Ashiqin Binti Mohd Noor

DH44

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

4.

Emey Dyana Binti Abdul Jalil

DH44

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

5.

Dzaidah Hanin Binti Nor Azlim

DH44

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

6.

Siti Aishah Binti Azahar

DH44

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

7.

Siti Noor Sarah Binti Daud

DH44

sitinoorsarah@pmm.edu.my

8.

Noor Faridah Binti Abd Kadir

   DH44

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

9.

Mohd Zairil Bin Zainal

DH29

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Unit Sains


PENGENALAN

Unit Sains, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Merlimau menawarkan satu kursus sahaja iaitu DBS 10012  (Engineering Science) yang akan diambil oleh pelajar kejuruteraan pada semester 1. Antara topik yang dipelajari dalam kursus-kursus ini ialah Physical Quantities And Measurement, Linear Motion, Force, Work, Energy And Power, Solid And Fluid serta Temperature And Heat.
Kursus DBS 10012 menawarkan 2 jam kredit  meliputi 2 jam waktu kuliah dan 1 jam praktikal dalam seminggu (2T:1P).

KURSUS YANG DITAWARKAN

BIL

KOD & NAMA KURSUS

SEMESTER

1

DBS 10012 (ENGINEERING SCIENCE

1
(Teras Kejuruteraan)


SENARAI PENSYARAH UNIT SAINS

BIL

SENARAI NAMA

GRED

EMAIL

1

Ngatinah Binti Jaswadi

DH44

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2

Mohammad Rasyidi Bin Yusof

DH48

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

3

Azira Binti Mohd. Puteh

DH48

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

4

Norhayati Binti Ahmad

DH48

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

5

Latifah Binti Abdullah

DH48

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

6

Faridah Binti Othman

DH44

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Unit Komputer


PENGENALAN

Unit Komputer, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Merlimau menawarkan satu (1)  
kursus iaitu DBC20012 – Computer Application merupakan kursus teras bagi Program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan elektif bagi Program-program lain iaitu bagi program DEV, DHF dan DPR . Antara sub-topik yang akan dipelajari dalam kursus ini adalah Word Processor, Spreadsheet, Presentation, Project Management, Digital Etiquite dan Basic Internet Search Technique and Email. Kursus ini menawarkan 2 jam kredit dan 3 jam pertemuan setiap minggu bagi satu sesi kuliah.

 

KURSUS YANG DITAWARKAN

BIL

NAMA KURSUS

SEMESTER

1.

DBC20012 – Computer Application

Teras (DPM) / Elektif(DEV,DHF dan      DPR

 

SENARAI PENSYARAH UNIT KOMPUTER


BIL

SENARAI NAMA

GRED

EMAIL

1

Suziyana Binti Ahmad Aman (Ketua Kursus)

DH 48(M)

suziyana@pmm.edu.my

2

Zareena Binti Rosli

DH 48

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

3

Hanem Binti Mohd Halid

DH 48(M)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

4

Intan Shafinaz Binti Mohammad

DH 48(M)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

5

Fairuzza Binti Hairi

DH 44

fairuzza@pmm.edu.my