Mengenai Kami




PENGENALAN

Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar membantu pengurusan politeknik dalam proses pengambilan dan  pendaftaran Pelajar. Seterusnya jabatan ini menyimpan serta mengemaskini rekod pelajar dan mengeluarkan maklumat serta statistik. Jabatan ini juga membantu dalam urusan seperti penajaan, permohonan pinjaman kewangan, pemantauan displin dan kebajikan pelajar.Di samping itu jabatan ini juga menjadi pusat pengesanan graduan dan alumni Politeknik Merlimau.


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Pengambilan & Data :
•     Urusan Pendaftaran Pelajar
•     Urusan Kad Pelajar (smartcard)
•     Rekod dan Statistik Pelajar
•     Pengambilan sila ke www.politeknik.edu.my

Kebajikan & Disiplin :
•     Urusan Kebajikan Pelajar
•     Urusan Penajaan dan Pinjaman Kewangan Pelajar
•     Urusan Pas Kenderaan Pelajar
•     Pemantauan Disiplin Pelajar
•     Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

•    Wakaf di sekitar jhepp
•    Air Coway pelajar di laluan pelajar
•    Ezy mohon
•    E-pencapaian
•    Sudut kitar semula

PERSEKITARAN JABATAN


 

 

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR Klik sini

 

Kebajikan dan Disiplin


PENGENALAN

Berteraskan bahawa pelajar adalah keutamaan kami, kebajikan pelajar sentiasa diberi keutamaan disamping aktiviti-aktiviti lain di dalam persekitaran Politeknik Malaysia. Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) dipertanggungjawabkan untuk menguruskan setiap perkara yang mempunyai hubungkait dengan kebajikan pelajar.

Secara umumnya, aktiviti kebajikan pelajar yang diuruskan oleh JHEPP adalah meliputi perlindungan insurans/takaful pelajar, dana pendidikan dan kebajikan pelajar menerusi Tabung Kebajikan Pelajar, Pengesahan akuan rawatan pelajar bagi rawatan Hospital, khairat kematian pelajar, hal ehwal pelajar kurang upaya (PKU) dan juga bantuan penginapan luar kampus (diurus oleh Koperasi PMM).

Fungsi.

  1. Mengendalikan apa jua kutipan derma daripada pelajar/kakitangan sebagai sumbangan kepada pelajar yang ditimpa musibah atau kesusahan.
  2. Menguruskan Dana Pendidikan dan Kebajikan Pelajar (DPKP) disamping mengenalpasti mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan dari DPKP. Di Politeknik merlimau, dana ini dikenali sebagai Tabung Kebajikan Pelajar.
  3. Menguruskan perlindungan insurans/takaful kelompok pelajar termasuklah membantu mengemukakan tuntutan sekiranya ada, kepada syarikat insurans/takaful. Menziarahi pelajar / keluarga untuk kes-kes kematian/kemalangan pelajar.
  4. Menjaga hal ehwal kebajikan pelajar kurang upaya, termasuklah memastikan bantuan dan kemudahan yang sewajarnya diberikan kepada mereka.
  5. Mengeluarkan surat akuan untuk rawatan pelajar jika diperlukan dan memastikan pelajar mendapat rawatan yang sempurna di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.
  6. Membantu dalam menyediakan maklumat mengenai penginapan luar kampus kepada pelajar.
  7. Menjalankan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan pelajar.

(Pelajar yang berkaitan perlu kemukakan bahan-bahan bukti bagi menyokong keperluan-keperluan mereka seperti kad OKU, slip gaji ibubapa, penyata tahunan ibubapa/penjaga, surat sokongan dan pengesahan status kewangan ibubapa.penjaga, surat akuan doktor dan sebagainya)

Dana Pendidikan dan Kebajikan Pelajar (DPKP).

DPKP adalah  tabung yang diwujudkan hasil dari kutipan pendaftaran pelajar setiap semester RM5.00  untuk menyediakan kemudahan bantuan kewangan kepada pelajar yang berada dalam kesempitan kewangan untuk meneruskan pengajian di Politeknik Merlimau. Pelajar yang berminat untuk memohon DPKP bolehlah mendapatkan borang permohonan di pejabat JHEPP atau menerusi Penyelaras kebajikan Jabatan masing-masing. Permohonan tersebut perlulah mendapat sokongan Penasihat Akademik Pelajar dan Penyelaras Kebajikan Jabatan . Setiap permohonan yang diterima akan diproses dan disaring untuk menentukan hanya pelajar yang benar-benar layak dan memerlukan bantuan kewangan sahaja diluluskan permohonanya.

Semua borang- borang berkaitan Kebajikan dilayari dan dilengkapi oleh pelajar seterusnya dicetak sendiri dan dikemukakan kepada pihak berkaitan. Berikut lamannya :http://www.jheppmm.com/ezymohon/

PENGURUSAN DISPLIN PELAJAR

Petunjuk Prestasi Utama

 “ Memastikan kadar kesalahan di bawah Akta 174 yang melibatkan perbicaraan tatatertib (prosiding) adalah kurang 1% daripada jumlah pelajar “

Semua pelajar PMM adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak PMM dari semasa ke semasa. Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi yang menerangkan secara terperinci peraturan-peraturan dalaman yang digunapakai di PMM diedarkan kepada semua pelajar-pelajar baharu.

Pelajar yang melanggar peraturan tatatertib yang ditetapkan akan diambil tindakan selaras dengan Jadual V, Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).


Pendaftaran Kenderaan Pelajar

Pelajar yang ingin menggunakan kenderaan di dalam kampus perlu mendaftarkan kenderaan tersebut melalui  laman sesawang http://spmp.pmm.edu.my/login.jsp  . Pelajar perlu mencetak borang  dan membawa dokumen-dokumen berikut ke Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar:

•    Satu salinan Kad Pengenalan pelajar
•    Satu salinan Lesen Memandu yang sah
•    Satu salinan Cukai Jalan (untuk motosikal) dan keratan cukai jalan yang dikeluarkan oleh   Jabatan  Pengangkutan Jalan (untuk kereta).

Pelekat khas mengikut tahun pengajian akan dikeluarkan kepada kenderaan yang berdaftar. Pelekat yang dikeluarkan mestilah ditampal di bahagian atas sebelah kanan motosikal atau di sebelah kiri bawah cermin hadapan kereta untuk menyenangkan tugas-tugas pengawasan oleh pihak keselamatan.